Jual Kuih Raya Online?

Asalamualaikum.. Ada cerita menarik sikit arini..

Pada post yang lepas, aku ada sentuh sikit tentang potensi perniagaan kuih raya. Tentu ramai yang dah tahu tentang potensi perniagaan ni, tapi disebabkan tak ada pengalaman, takda pengetahuan.. tak ada “cikgu” yang nak tunjuk ajar selok belok perniagaan, nak perturunkan ilmu resepi dan macam macam lagi tu.. menyebabkan kita (termasuk aku la ni) terus lemah semangat nak mencuba. Yang berniaga tu..sebab diorang tahu.. kita yang tak tahu ni.. diam ajalah kan.

Ok.. ni cita yang menarik yang aku nak kongsikan. Masa aku makan cendol tadi.. sambil belek-belek surat khabar Metro.. ada terselit satu pamplet atau fryer tentang tempahan kuih raya. Dalam pamplet tu tertulis ” tempahan selepas minggu kedua puasa tidak dapat diterima lagi” .

Fuhh.. agaknya time tu dah gerenti tak menang tangan.. dan aku agak.. bisnes dorang ni mesti kencang sakan. Tapi.. iklan cuma guna fryer ja. Bukanya heboh di TV ke Radio ke. Maksudnya, bisnes ni memang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Iklan “ala kadar” pon boleh jalan laju. Balik rumah..terus aku search di google.. DAN.. punya la ramai orang yang iklan kuih raya di forum forum. Siap ada website sendiri pon ada. Tengok ni disini

korang boleh klik imej kat atas untuk masuk laman web dia. Kita boleh buat tempahan online, cuma  pilih kuih mana  yang kita nak, masukkan duit ke akaun, dan tunggu kuih sampai depan rumah. Canggih betul zaman sekarang. Bangga aku tengok ramai peniaga melayu dah guna internet untuk kembangkan perniagaan dorang. Maksudnya.. peniaga ni boleh jalankan perniagaan di rumah saja.. tanpa sewa kedai or tapak berniaga. Dan perniagaan dorang available 24 Jam tanpa cuti. Canggih!

About these ads

About eidan

Mesti korang banyak pendapat kan? Why not tinggalkan pendapat korang di ruangan komen :) dan sesapa sudi berkawan, add me on facebook http://www.facebook.com/rashidanramli
This entry was posted in Sharing. Bookmark the permalink.

4 Responses to Jual Kuih Raya Online?

  1. lan says:

    mmg bisnes kuih raya ni untung ribu ribu. Kakak saya cuma buat 1 jenis saja tat nenas. Dia jual di ofis pada kawan-kawan. Pon boleh untung sakan. Tapi kena pandai memasak la.

    • eidan says:

      kuih tat nanas mmg layan la.. wajib ada tu. Kak ko pandai ek..Boleh la belajar dengan kak ko.. hehe :D

  2. diraja22 says:

    biasalah niaga bermusim..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s