Pengalaman Berniaga Baju Kurung Ramadhan Lalu

Assalamualaikum kawan-kawan…

Bulan puasa dah makin dekat.. Apa perancangan korang? Maksud aku.. takde ke plan nak buat bisnes apa apa? Maklumla.. bulan puasa ni memang bulan yang murah rezeki bagi kebanyakkan peniaga, samada full time atau sekadar sambilan. Tambah plak kalo jual makanan, atau barang – barang persiapan untuk raya.. memang tak menang tangan.

Bila sebut soal berniaga ni, teringat plak aku kenangan taun lepas. Aku dan beberapa kawan cuba belajar berniaga di shah alam, menjual baju kurung. Bayangkan budak laki yang jual baju kurung.. yang tak tahu langsung tentang baju kurung, yang tak tahu langsung nak beri pendapat pada customer..tak tahu tentang jenis kain atau fashion-fashion terkini..agak-agak ramai tak yang membeli?

Yang NAK membeli tu.. memang ramai.. tapi yang membeli.. kurang ramai. Bukanlah kitaorang tak berjaya jual langsung..tapi kalo nak di bandingkan dengan peniaga-peniaga lain..boleh dikatakan kitaorang ni antara yang tercorot. Tapi untuk timba pengalaman.. apa salahnya kan.

*sekadar gambar hiasan

Aku teringat pada satu sis (awek comel) yang menjual kuih raya. Pada awal ramadhan.. perniagaan dia nampak kurang “jalan” , bila malam hari sikit..baru la kuih-kuih dia mula laku.. tu pon..takde la lebat. Tapi bila dah dekat dengan minggu terakhir puasa.. gerai dia la yang paling sibuk. Orang yang membeli kuih dah macam berebut tiket bas balik kampung.. sangat sesak.

Sempat gak aku borak – borak dengan dia.. dan gatal mulut tanya tentang collection. Nak tahu berapa dia jawap? Jumlah terkumpul dah hampir 15,000 dan anggaran keuntungan dalam 10,000 . Mau ternganga aku. Itu baru minggu ketiga..belum lagi masuk minggu terakhir yang semestinya kuih raya menjadi antara agenda utama time shopping. Aku agak..untung bersih dia TAK KURANG dari 15 ooo. Tambah jeles lagi..bila aku tau.. dia cuma student saja. Memang berniaga kuih raya ni boleh buat untung sakan.

Kalaulah aku pandai buat kuih raya.. tahu selok belok promosi kuih raya.. tahu strategi pemasaran and so on.. memang comfirm aku buat bisnes kuih raya plak taun ni. Korang plak camna? Takkan nak lepaskan bulan ramadhan ni camtu ja.. kalo ada idea idea untuk buat duit sampingan tu.. kongsila :)

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s