kenapa $1 ?

Assalamualaikum..

Hari ni aku cakap skit tentang kenapa aku tetapkan goal yang kecil untuk projek ni. Last year, aku ada membaca satu ebook yang bertajuk ” 5 buck a day ” karya Dennis Becker. Ebook ni sebenarnya tak berkait sangat dengan mana mana teknik marketing, tetapi lebih ke arah “mindset”.

Apa yang menarik dalam ebook ni, dennis menceritakan bagaimana dia boleh menjana pendapatan yang banyak, apabila tersedar dan mula mengamalkan konsep ” 5 buck a day “. Konsepnya mudah, iaitu menghasilkan 1 sumber pendapatan yang mampu memberikanya $5 secara konsisten setiap hari.

Sebelum mengamalkan konsep ini, Dennis, seperti kebanyakkan orang, selalu mensasarkan jumlah pendapatan yang besar bagi perniagaan mereka. Namun, amat sukar untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila mengamalkan 5 buck per day, Dennis mula menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukanya untuk menghasilkan $5 setiap hari. Dan, Dennis berjaya mencapai sasaran yang dia tetapkan. (dah $5, mmg la boleh kan…)

Apa yang menariknya, untuk menghasilkan $5 per day, tidak memerlukan Dennis untuk meluangkan masa dan tenaga yang banyak. Dan, Dennis boleh mengulanginya beberapa kali untuk setiap bulan. Jika sebulan, Dennis boleh menghasilkan 4 blog/website yang memberikanya $5 setiap hari setiap satu.. pada bulan berikutnya..pendapatan Dennis boleh mencecah..

$5 x 30 = $150 (pendapatan sebulan bagi 1 blog/website)

$150 x 4 blog = $600 per month. Untuk 4 blog yang berjaya dihasilkanya pada bulan yang lalu.

Apabila Dennis meneruskan proses yang sama untuk bulan hadapan, bulan seterusnya menjanjikan pendapatan 2 kali ganda kepada beliau. Beliau menyedari – Untuk menghasilkan pendapatan yang besar.. boleh di jana melalui pendapatan yang kecil.

Projek CPA ni, boleh di katakan menggunakan ideologi yang sama. Aku tak mencari subjek yang super hot untuk di sesuaikan dengan cpalead, aku cuma cari satu subjek yang ada permintaan, dalam jumlah yang kecil. Bagusnya, subjek2 begini tak memerlukan masa yang panjang untuk aku mula dapat traffic, persaingan pula sederhana. Mampu di atasi dengan pengetahuan tahap asas saja. Insyaallah.. ada rezeki untuk aku dan keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s