Site Flipping.. Tukarkan $1 Kepada $100

Beberapa hari yang lepas.. aku baru perasan yang subjek Site Flipping menjadi subjek yang popular di beberapa forum dan blog. Ini mungkin disebabkan wujudnya “flippa” yang menawarkan pengalaman yang lebih baik untuk penjual dan juga pembeli website. Khabarnya, Flippa adalah tempat yang terbaik (dari segi kemudahan/keselamatan) untuk menjalankan aktiviti jual beli website/blog.

Yang menariknya, dengan wujudnya tempat seperti Flippa membolehkan ramai orang “mengitar semula” website atau blog mereka yang kurang perform atau didapati tidak mendatangkan keuntungan seperti yang dikehendaki. Jika blog mereka hanya pernah menjana beberapa dollar sahaja, kemungkinan untuk menjualnya dengan harga $100 ke atas adalah sangat besar.

Dari pemerhatian aku, terdapat 3 golongan di flippa.

1) Penjual Website – Mereka menghasilkan website dengan niat untuk menjual.

2) Pembeli Website – Mereka membeli website yang dirasakan berpotensi untuk memberikan mereka pendapatan.

3) Website Developer – Mereka membeli website yang berpotensi untuk di baik pulih (harga lebih murah), dengan harapan dapat menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi (sesudah di baik pulih)

Boleh di katakan, “website yang sudah menjana” pendapatan adalah salah satu kunci utama apabila kita ingin menjual atau membeli sesuatu website. Nampaknya, lebih baik aku tidak terlalu bergantung pada free site untuk projek cpa aku. At least, ada juga aset aku. Untung2 boleh jual mana yang kurang bekenan. Insyaallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s