3 kali seminggu.. sudah 5 tahun..

Petang tadi aku temankan ayah aku ke hospital untuk jalani proses dialisis. Proses dialisis ni memerlukan bapa aku untuk hadir ke hospital sekerap 3 kali seminggu. Dan pada setiap sesi rawatan..memakan masa kurang lebih 4 jam. Seingat aku, sudah 5 tahun bapa aku berulang alik ke hospital, untuk menyabung nyawa.

Rakan2 yang “seangkatan” dengan bapa aku.. sudah ramai yang meniggal dunia. Kerosakkan buah pinggang cuma menjadi penyebab kepada ajal. Syukurlah Allah masih panjangkan umur kita semua. Walaupun penyakit bapa aku dikategorikan sebagai penyakit kekal, bapa aku tak pernah give up. Dia sentiasa bersemangat, sentiasa menjalankan tanggungjawap seorang bapa sebaik mungkin. Aku plak sentiasa doakan kesihatan yang baik untuk dia.

Kos perbelanjaan keluarga aku semakin meningkat, adik2 yang semakin tinggi belajar memerlukan duit yang banyak. Perbelanjaan dan keperluan harian pon semakin menigkat. Yang tak meningkat, cuma pendapatan saja. Bila difikir balik, aku pon hairan macamana gaji ibu aku yang kecil mampu menampung semuanya. Walau sesekali terputus wang belanja.. sekurangnya perkara2 yang penting seperti pelajaran dan kesihatan tak pernah terabai.

Aku sebagai anak, memang sentiasa mencari ruang untuk membantu. Selepas tamat belajar.. niat utama aku adalah untuk menjaga parent aku. Hampir 6 tahun aku belajar di tempat orang, sangat jarang aku dapat balik menjengok mereka. Terfikir aku.. kalau aku mampu menjana pendapatan yang agak stabil melalui internet.. itulah kerjaya yang aku sangat harapkan. Dapat “bekerja” dan berada di samping parent ketika sakit demam mereka adalah kerjaya yg aku idamkan.

Kalau orang lain bersemangat dengan sport car, status jutawan atau orang kaya.. aku cuma berminat dengan kebebasan kewangan dan masa. Parent aku motivasi utama. Tak boleh putus asa.

One thought on “3 kali seminggu.. sudah 5 tahun..

  1. Bro,

    Sorry to hear about your father. Jgn risau, keep working on your online projects and pretty soon duit mesti masuk byk punye. Let’s make some money online!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s