Bagaimana menjana pendapatan melalui facebook

Sekarang ni.. heboh juga dengan program yang janjikan pulangan lumayan hanya dengan buat kerja mudah di facebook, sampaikan ada kawan-kawan aku yang kurang jelas, dan keliru. Jadi, dalam post kali ni, aku kongsikan sedikit informasi tentang bagaimana menjana pendapatan melalui facebook.

Seperti yang kita tahu, facebook sangat popular di kalangan pengguna seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, seakan ada demam facebook. Jarang sekali ingin berjumpa rakan – rakan yang tiada akaun facebook. Dan, facebook sendiri menjadi medium penghubung kepada kawan – kawan lama.

Jadi, bagaimana anda boleh memanfaatkan situasi ini untuk menjana pendapatan. Di sini saya senaraikan beberapa cara yang boleh dan sering dilakukan untuk menjana pendapatan melalui facebook.

Jual Produk


Jika anda sudah mempunyai perniagaan/produk yang ingin di jual, facebook adalah salah satu tempat yang wajib anda gunakan sebagai medium pengiklanan. Logiknya, kawan – kawan facebook anda boleh menjadi pelanggan setia anda disebabkan mereka sudah mengenali anda, dan kebarangkalian untuk mereka menyokong perniagaan anda adalah tinggi. Perlu di ingat, produk yang ingin di jual mestilah bersesuaian dengan mereka.

Cara menjualnya pula, anda boleh memuatnaik (upload) gambar produk – produk anda ke laman facebook anda, dan sebarkan gambar – gambar tersebut di kalangan rakan-rakan anda. Anda juga boleh meminta secara peribadi supaya kawan-kawan anda “like” album atau “wall update” anda supaya kawan – kawan mereka juga akan mendapat pendedahan tentang produk anda.

Advertising

Untuk menjana pendapatan melalui advertising, kunci utamanya adalah exposure yang besar. Jika anda mempunyai fanpage yang mempunyai jumlah ahli yang ramai, anda mungkin boleh mencari peniaga-peniaga lain yang mungkin berminat untuk menyewa ruang advertising, ataupun melalui status update advertising (anda rekomenkan produk mereka kepada ahli fanpage anda). Pastikan produk yang di iklankan bersesuaian dengan minat atau kecenderungan ahli fanpage anda, dan elakkan dari melakukan spam sehingga “mengganggu” mereka.

Melalui pembinaan Aplikasi Facebook


Sedikit advance dan masih kurang di praktikkan di malaysia. Bagi mereka yang mahir dengan pengatucaraan facebook, menghasilkan aplikasi yang menarik boleh memberi pulangan yang cukup lumayan. Aplikasi yang dicipta akan digunakan dan disebarkan dalam tempoh masa yang sangat cepat (viral) , apabila aplikasi anda digunapakai oleh ramai.. anda boleh menjana pendapatan melalui space advertising di dalam aplikasi anda. Terdapat banyak lagi cara untuk monetize facebook application, tetapi mungkin tidak sesuai dibincangkan disini memandangkan post kali ini hanya untuk menyentuh secara umum sahaja.

Harap post kali ini dapat memberi sedikit input tentang bagaimana menjana pendapatan melalui facebook kepada anda.  Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat tambahan, boleh tinggalkan komen di sini.

3 thoughts on “Bagaimana menjana pendapatan melalui facebook

  1. Hello, i think that i saw you visited my site thus i came
    to “return the favor”.I’m trying to find things to improve my website!I suppose its ok to use some of your ideas!!

  2. Superb blog! Do you have any helpful hints for aspiring writers?
    I’m hoping to start my own site soon but I’m a little lost on
    everything. Would you advise starting with a free platform like WordPress or go for
    a paid option? There are so many choices out there that I’m completely confused .. Any tips? Thanks!

  3. When overcoming christian 7th grade reading list codependency,
    how do you know when you should put your needs or the other person’s needs first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s