Cari Duit Di Forum – Kerja Mudah

Korang pernah dengar tak kita boleh cari duit sampingan di forum forum? Mesti la pernah dengar kan.. dari dulu sampai sekarang, forum memang tempat yang terbaik untuk buat pemasaran, tak kisah la samada jual produk atau tawarkan perkhidmatan. Masa student dulu, forum la tempat aku cari duit poket. Jurusan yang aku amik tak mengizinkan aku untuk kerja part time di fast food restaurant (option paling popular) , tapi kerana adanya internet, lepasla buat duit makan.

Harini aku tunjukkan bagaimana aku cari duit sampingan dari forum. Terdapat banyak cara, tapi aku cuma sentuh bab ” WANT TO HIRE ” atau ” INGIN MENGUPAH ” yang terdapat di kebanyakkan forum. Kalau korang kaki forum , jangan lupa selalu masuk di seksen tersebut. Dan.. carilah kerja-kerja yang boleh korang buat. Kebanyakkan kerja yang di tawarkan senang aja, tapi disebabkan forumer tersebut nak jimat masa, mereka akan mengupah orang lain. Kalau kita plak tengah free, daripada main dota.. baik cari duit skit. Ye tak.

Yang aku nampak di forum wangcyber.com ni, banyak kerja yang berkaitan grafik dan pemasangan website di tawarkan. Boleh juga kalau nak cuba, tapi aku lebih berminat dengan kerja yang simple dan tak peningkan kepala. Tertarik dengan post dari sorang forumer ni. Kerja data entry, and aku rasa benda ni senang ja nak buat. Upah pon berbaloi. So aku contact dia by PM dan terus buat keja.

Dah selesai kerja, aku kasi akaun untuk dia bayar. Bayar melalui cimbclicks. Kebanyakkan forumer yang iklankan tawaran mereka memang mempunyai online banking, so jgn risau tentang payment. Memang laju punya. Yang popular adalah Maybank, cimb, dan paypal. Kalau kita tak ada account ni, akan menyukarkan keadaan gak. Dipendekkan cerita, dapatlah rm40 untuk kerja simple. Amount tak banyak.. tapi inilah salah satu cara korang boleh buat duit sampingan melalui forum di internet.

Tips untuk memilih kerja

1) Pastikan forumer yang post kerja tu bukanlah orang baru (tengok jumlah post dia) supaya kita tak kena tipu. Kalau orang baru, contact dia dan minta explain degan detail proses dia membayar. Kalau perlu, minta deposit terlebih dahulu. Forumer lama lebih di percayai.

2) Bila dah habis buat kerja, tunjukkan bukti kerja kita dah selesai (melalui skrin shot) dan beri akaun bank/paypal kepada mereka untuk proses pembayaran. Bila payment selesai, duit pon dah masuk.. baru hantar kerja kita. Tujuanya untuk secure kita dari kena tipu.

p/s : kalo korang tau software apa yang bagus untuk capture screen, share la. Aku tak boleh nak remove watermark. Kind of annoying la juga.

9 thoughts on “Cari Duit Di Forum – Kerja Mudah

    1. ha cakap pasal duit,,byak network marketing yang kita boleh masuk, tapi kene jaga2 la sikit sebab dunia sekarang ni bayak kaki kencin. tol tak

  1. memang bes buat kejer kat forum ni, dapat pulak kejer yang dia bagi pembayaran Atau skim Insentif.. hu berlipat2 la duit sampingan t
    terpaksa la jadi kaye,,haha

  2. memang bes buat kejer kat forum ni, dapat pulak kejer yang dia bagi pembayaran Atau skim Insentif.. hu berlipat2 la duit sampingan terpaksa la jadi kaye,,haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s