Clickbank – Setelah Sebulan Berkempen

Video marketing ni benda baru bagi aku. Bukanya baru tau.. tapi baru nak mencuba. So, beberapa bulan lepas, aku banyak bergelumang dengan creating video and video directory. Aku nak belajar untuk dapatkan targetted traffic dari video directory. And, that is the reason why aku buat projek cpa – untuk belajar video marketing.

Aku decide untuk buat cpa disebabkan cpa ni lebih mudah. Tak perlu menjual, tapi still boleh earn. So, sesuai untuk tujuan pembelajaran. Aku aim untuk dapatkan 100% pelawat/traffic dari video directory. Sebab tu la aku tak peduli traffic source lain – aku tak nak bercanggah dengan target aku.

Lepas dah dapat rentak, aku apply method yang sama untuk produk clickbank plak. Selalunya kempen clickbank ni lebih susah untuk buat sale. Maklumlah.. nak convince orang keluarkan kad kredit and bayar untuk something berbentuk informasi bukanya senang .Tambah plak kalau takda proper landing page untuk presale. Tapi screen shot di atas membuktikan sebaliknya. Sale tetap berlaku, walaupun tanpa landing page (aku direct linking). Aku buat simple presale pada video description. Look like its working.

12 sale from approximately 2 hour of work sangat berbaloi bagi aku. Aku kategorikan kempen ni sebagai “light” since banyak lagi benda yang boleh ditambah baik. InsyaAllah, aku akan bawa kempen ni ke level yang lebih dalam. Hampir 2 jam aku buat  research tadi, dapatla skit skit idea untuk kempen ni.

InsyaAllah.. aku update perkembangan nanti.

34 thoughts on “Clickbank – Setelah Sebulan Berkempen

  1. selalunya blog macam ko akan dipenuhi dengan iklan buku buku jutawan. Rahsia ini rahsia itu. Kaya raya tak payah kerja. Tapi blog ko iklan beruang???? huhu

    1. Beli beruang pon boleh kaya kalo ada rezeki :p dah berbulan aku letak banner beruang tu.. nampak macam tak da yang berminat..😀 salah group.

    1. clickbank ni antara affiliate network yang terbesar. Tuan produk (digital produk) akan letakkan produk dorang di sana, dan kita boleh pilih mana yang bekenan untuk kita promosi. Selalunya setiap satu sale kita akan dapat 50-75% komisen. Ringkasnya.. clickbank ni macam kedai buku😀

        1. 🙂 cubalah bro. Bro banyak knowledge tentang fitness / weight lose , mesti boleh buat sale yang banyak. Tinggi demand untuk niche tu..

    1. InsyaAllah.. Next entri akan cuba explain secara lebih mendalam. Sementara tu.. digalakkan buat sedikit research tentang clickbank🙂 konsep earning mungkin berbeza dengan nuffnang, tapi asasnya sama juga. traffic = money

  2. Bro buatlah satu entri pasal cam ne nak guna video (youtube) untuk earn dari clickbank ni.. Bukan ape, kat luar sana tu macam2 step yg ada so tak tahu mana satu yang terbaik..

    Bro dapat tunjuk sikit2 pasal cara guna video untuk clickbank ni pun dah cukup berbaloi.

    Tq

    1. Iya.. banyak method kat luar sana tu. Untuk clickbank, sy pernah test dengan adword.. Dengan Article marketing, dengan squidoo, semuanya boleh convert. Cuma approach kita perlu ubah sikit since demographic audience dari tempat2 tu semua berlainan.

      Tentang youtube, sy start dengan zero. Tanpa sebarang panduan. Mungkin sebab tu memakan masa yg agak lama. And mungkin gak, apa yg saya belajar.. dah lama orang lain buat.. dah ada dalam memana panduan.

  3. salam bro
    maksudnya sepanjang kajian bro..bro dah hasilkan lebih 10K (cpa dan clickbank) dengan teknik yang sama? Menarik tu. Bro ada buat kelas mengajar atau online tutor?
    terima kasih

    1. Ya.. dari source traffic/teknik yang sama. Actually, dalam blog ni.. sy cuma sentuh method yang percuma supaya pembaca (kalo ada) tak rasa takot untuk start. Kalo boleh, nak pakai free blog. Tapi terpaksa guna paid hosting since banyak problem dengan free blog ni. Tentang coaching, tak terniat lagi. Lagipon, sy sendiri masih baru. sekadar nak berkongsi knowledge tu boleh la.

  4. Video marketing ni lama dah aku tinggal . maybe ada banyak perubahan yang aku perlu belajar ni.. nnti post baru hang bleh laa tunjuk ajar skit kaedah video marketing

    1. ahaha.. tu la.. rajin dok komen blog orang puteh kot😀 sat lagi aku edit. Aku pon tak sure, aku mmg tak penah nak buat video before ni.. saja la test.. tambah ilmu. Dok buat benda yang sama.. jadi cepat boring. Banyak lagi method nak test.. sambil kumpul2 study case.

  5. Eidan,

    Aku ada soalan skit pasal buat video youtube utk traffic. Mcm mana ko create video? I mean ko paste byk2 gambar product and buat style iklan ke mcm mana? Because aku ada gak buat video pakai xtranormal, just copy & paste existing articles aku pada xtranormal tapi nampak bosan gile je video dia (suara character pun bosan) although ada dpt satu sale…Harap boleh kongsi info.

    Thanks!

    1. xtranormal tu kalo rajin godek function dia, boleh buat intonasi suara rasanya. But tak sure, lama dah tak pakai.

      Gaz,
      Aku buat simple video review. Gambar product, gambar content product, explanation skit skit (dalam bentuk text) . Aku guna software camtasia 7. Apapon.. berbalik pada keyword gak gaz. Sbb, aku perasan yang video gak boleh pegi ke depan google kalo kena dengan keyword. That y aku leh dapat 1000 click/hops , sbb tersenarai di google untuk few keyword.

  6. Tu dia.. bersusun! Sempoi betoi hang no.. sambilan saja pon 3 4 ribu sebulan. Cpa, clickbank..lagi apa lagi hang buat? kongsi la wei. Aku beli macam2 buku teknik advance terkini tapi haram tak jalan. Sedih aku.

    1. kalo nak ikutkan.. ada lagi few thing yang aku buat. Even clickbank pon, aku ada banyak account untuk test method2 marketing yang lain. Untuk learning purpose. Aku suka bereksperiment and challenge diri.

      Cpa pon, bukan cpalead saja yg aku buat. Tapi mungkin tak sesuai kalo aku nak share semuanya kat sini. Aku tumpukan benda2 free dalam blog ni. Kalo ko follow dari awal.. mesti ko perasan yang semua benda yang aku sentuh.. adalah percuma. Dari advertising , offering service – fiverr, affiliate local/oversea & cpa publisher.Tujuanya, supaya blog ni boleh cetus minat pada orang baru. Kiranya, benda aku share.. dituju kepada newbie.

      That why aku labelkan blog ni sebagai “cari duit sampingan” , which mean.. benda yang kita boleh buat sebagai hobi. Boleh start for free, and enjoy extra cash.

      Tentang buku ni,
      personally.. aku sendiri tak banyak beli and baca ebook. That why aku tak mention or promote memana product kat sini. Bukan sebab takda produk yang bagus..tapi sebab aku sendiri belum test sebarang produk secara gila gila. Kalo aku ada terjumpa produk yang bagus.. sure aku kongsi kat sini.

    2. Jangan cepat putus asa bro.Aku dulu pun cam ko jgk. yang penting action jer.. kalo bro baca teknik power mana pun tapi action kurang hasilnya pun kurang juga…

      1. setuju.. baca ja tak lengkap lagi. Kena praktikkan. And usually kita akan face situasi yang tak di cover dalam buku tu. Ha..time tu baru namanya belajar :p

  7. salam bro, syok betul baca blog bro ni. Leh saya tau selalunye bape video sehari bro upload? Semua video tu bro buat sendiri ke?

    1. Terima kasih bro. Buat masa skrang tak upload video setiap hari.. sebab sy tak buat banyak niche. Amount pula tak menentu, selalunya dalam 3-5 video untuk sesuatu keyword.

      Video plak, buat sendiri. Cuma video ringkas, gabungan dari beberapa image ataupun sy record skrin guna camtasia or screentoaster buat ala ala tutorial.

  8. Untuk clickbank ni bro buat ltak link affiliate terus atau letak link blog kt video.??Kalau buat cpalead dgan clickbank guna youtube yg mana lebih cepat dapat sale??

    1. ada yang saya terus letak link affiliate , ada juga yang saya direct ke blog..tu pun kalau ada blog. kalau antara cpalead dan clickbank.. cpalead lebih cepat.. nak cashout pun cepat juga.. tapi clickbank lebih stabil.. walaupun lambat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s