Kita Tak Akan Rugi

Asalamualaikum..

post kali ni berlainan sikit dari post sebelumnya. Dalam post kali ni, saya cuba menjawap soalan dari salah seorang pembaca blog ni yang menghantar email ke inbox saya.  Email yang di hantar memang panjang lebar, tapi soalan atau point utamanya boleh saya ringkaskan sebagai :

“Bagaimana mengelak dari kerugian”

Kerugian yang dia maksudkan adalah dari segi wang ringgit dan juga masa yang kita laburkan untuk “aktiviti” mencari duit di internet.  Dan jawapan yang saya berikan kepadanya adalah – Kita Tak Akan Rugi.

Di sini saya terangkan dengan lebih terperinci.

Bila bercakap dengan “buat duit di internet” , saya percaya semua aktiviti yang terlibat adalah hampir sama.

1) Kita perlukan satu tempat untuk menyambut pelawat (blog/website/minite) dan

2) Kita juga perlukan quality traffic (pelawat yang kita target).

Apabila kita sudah mempunyai blog dan quality traffic , kita boleh hasilkan duit dengan banyak cara (monetize). Di sini saya senaraikan beberapa yang common.

1) Kita boleh jana wang dengan pengiklanan seperti adsense/nuffnang/adonion dan syarikat pengiklanan yang lain. Iklan jenis ini adalah mudah kerana kita akan di bayar melalui impression dan juga klik. Link Rujukan :

Bagaimana nak earn money dengan nuffnang ,

2) Kita boleh menjana wang dengan menjual atau mempromosikan produk. Jika blog kita sememangnya berkaitan dengan produk yang kita promote, kemungkinan besar pelawat akan membuat belian adalah tinggi.

Encik Mazidul Pon ada promote produk di blognya

3) Kita boleh menjual ruang iklan di blog. Logiknya, jika blog anda mempunyai quality traffic, pasti ada pihak-pihak yang berminat untuk beriklan di blog anda.

Ruang Iklan Sedang Di jual

4) Jual website anda. Ya, website yang mempunyai targeted traffic boleh di jual dengan harga yang tinggi. Even website yang tiada traffic pon boleh di jual jika  blog anda mempunyai potensi untuk menghasilkan duit.

Blog yang sedang di jual di flippa.com

Itu hanya sebahagian dari sumber-sumber yang boleh hasilkan duit. Masih banyak lagi sumber lain. Apa yang penting adalah. Niche blog ada (topik) , dan pelawat yang berkualiti – iaitu pelawat yang berminat dengan content atau isi kandungan blog anda. Dengan adanya 2 faktor ni, kita tak akan rugi.

Jika ada blog tiada pelawat – boleh simpan sebagai aset atau jualkan saja.

Jika ada blog dan ada pelawat – Banyak cara untuk hasilkan duit.

Jika tiada blog dan juga tiada pelawat – Anda perlu mulakan secepat mungkin🙂

bagaimana jika anda sudah mencuba membina blog, tapi tidak mendapat sebarang sambutan.. tiada sebarang pelawat yang datang.. dan tidak laku di jual (flip) ?

Anda masih tidak rugi kerana itu adalah aset anda. Saya percaya ianya akan berguna pada masa hadapan (untuk kegunaan backlink terutamanya). Anda juga akan mendapat banyak ilmu dan pengalaman untuk baiki diri anda..Dan Domain yang kita pilih & beli juga akan menjadi aset di masa hadapan. Ingat, blog kita, domain kita, pelawat kita.. semuanya adalah aset. Kita tak akan rugi.

Yang rugi adalah mereka – meraka yang masih tidak bergerak dan sentiasa sibuk mencari lubuk lubuk emas.

Harap post kali ni dapat menjawap soalan Shafiq, dan memberi input kepada pembaca-pembaca lain.

One thought on “Kita Tak Akan Rugi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s