POS LAJU VS CITY LINK VS AIRPAK

Untuk minggu ni aku mula berurusan dengan syarikat kurier lain daripada pos laju. Sebelum ni memang dah biasa dengan pos laju. Servis mereka cantik. Harga acceptable. Semua produk yang aku pos sebelum ni beratnya tidak lebih dari 500 gram. Kalau lebih pun disebabkan customer order banyak unit.

Oleh kerana ada satu produk yang aku jual ni beratnya melebihi 6KG, charge apabila menggunakan pos laju adalah “tak OK” , iaitu melebihi RM45 untuk 1 unit. Jadi aku cari alternative lain. Aku cuba airpak. Aku cuba city link. 

Servis keduanya setanding dengan pos laju. Pos harini, esok dah sampai. Customer yang terima barang daripada Airpak dan Citylink bagi feedback barang sampai dalam keadaan yang cantik molek.

Jadi aku stick pada kedua servis ni. Mungkin juga aku akan migrate keseluruhan produk kepada mereka.

Image

HARGA TINGGI VS HARGA RENDAH

Masih bercerita tentang produk seperti post yang lepas, aku stick pada harga RM250. Harga yang lebih tinggi daripada pesaing atau penjual lain.

Harini dapat 10 sale. Dan stok 20 unit lebih yang aku tempah tu sudah habis. 10 order sudah habis sebelum sampai ke kedah lagi. Manakala 10 lagi habis sejurus sampai ke kedah. Aku akan consider untuk borong dengan lebih banyak in next batch.

Bercerita tentang harga, daripada pengalaman aku.. apabila meletakkan harga yang tinggi , ianya lebih mudah di jual berbanding harga rendah. Ianya ada kaitan dengan mindset pengguna. Lebih mahal pasti lebih berkualiti.

Tentang kurier pulak, aku decide untuk mencuba perkhidmatan kurier airpak. Jika guna pos laju, kosnya sangat mahal. Hampir 300% lebih tinggi daripada Airpak. Aku cuma guna untuk kawasan semenanjung saja. Harapnya semuanya berjalan lancar.

servis airpak

BERAPA KAYA YANG ANDA MAHU?

Kaya di sini merujuk kepada lebihan duit. Soalan ini penting dalam melakar strategi. Jika mahu RM1000 sebulan, strateginya mungkin lebih ringkas berbanding RM10,000 sebulan. Seeloknya, matlamat yang hendak di capai mestilah relevan dan possible untuk di capai.

Katakan kita mahu kaya RM3000 sebulan.
Kita hanya perlu buat RM100 sehari, selama 30 hari.
Jadi, jika 1 produk untungnya RM50, kita cuma perlu jual 2 produk setiap hari, selama 30 hari berturut-turut.

Jadi, FOKUS UTAMA hanyalah pada 2 perkara.

1) Dapatkan produk yang untungnya RM50 seunit.

2) Jual 2 unit setiap hari.

Itu saja.

Formula di atas adalah formula yang popular. Formula AKU sedikit berbeza. Untuk mendapatkan RM3000 sebulan,  aku suka untuk sasarkan keuntungan bersih RM150 sehari, dan perlu konsisten selama 20 hari.

Dari segi matematiknya, sama saja. Tetap juga RM3000. Tetapi impak yang aku terima selalunya sangat berbeza. Oleh kerana aku target lebih besar, selalunya hasil yang aku dapat adalah lebih banyak dari target.

Produk Fasa 1 – Borong Dan Naikkan Harga

Beberapa post lepas, ada aku mention tentang satu produk yang berada di fasa 1. Fasa di mana aku cuma dropship dengan peniaga lain. Untungnya RM40 setiap sale. Dan selepas lebih kurang 10 unit ber-dropship, aku decide untuk beli sendiri dalam jumlah yang kecil. Sekitar 25 unit saja.

Banyak kelebihan lain apabila aku pos sendiri produk yang di jual ni. Kelemahanya cuma satu,, aku terpaksa handle penghantaran. Maksudnya kerja akan bertambah, tapi keuntungan pun turut bertambah. Kalau dulu aku cuma untung sekitar RM40, sekarang sudah boleh mencecah RM80 ke RM100 untuk setiap sale.

Harini aku buat experiment tentang harga. Kalau dulu aku jual RM200, sekarang aku naikkan harga RM230 ke RM250. Dan hasilnya masih samar samar. 4 sale harini tidak menyelebahi mana mana pihak. Tapi aku rasa aku akan stick pada harga RM250.

Dan, produk ni aku dah kategorikan sebagai fasa 2.. menghampiri fasa 3.

Image

Image

FB Ads – Harga Naik Atau Kos Yang Naik?

Image

Semalam ada sorang rakan FB bertanyakan tentang isu harga Fbads yang semakin tinggi. Setelah sembang-sembang baru saya tahu. Dia salah faham. Sebenarnya dia bukan ada masalah dengan harga naik, tapi masalah sebenarnya pada kadar jualan.

Situasinya begini :

” Dulu aku spend RM30 saja, dapat 10 sale,  Sekarang aku spend RM100, 10 sale tak tentu dapat”

Saya tanya.. ” Berapa AVG CPC (purata harga per click) yang dia dapat”
Dia kata “lebih kurang sama. Ada masa naik sikit, bila CTR cantik..turun sikit”

Maksudnya dia masih mendapat jumlah klik yang sama seperti dulu. Cuma jumlah profit saja berbeza. Mungkin dulu 500 Klik 5 orang beli. Sekarang 500 klik cuma 1 orang beli. Dalam kes macamni, Kos FBads naik bukan sebab harga naik, sebaliknya sebab CR (Conversion Rate) yang jatuh.

Ada pelbagai faktor yang mempengaruhi. Terlalu lama mensasarkan prospek yang sama pun boleh buatkan CR turun. 

FASA 3 – TENTUKAN SASARAN KEUNTUNGAN

Fasa 3 adalah fasa buat duit. Di mana setiap produk pada fasa ini akan di letakkan target masing-masing. Akaun bank/iklan juga perlu di asingkan jika di rasakan perlu. Saya sendiri menggunakan 4 set akaun CIMB dan Maybank untuk tujuan menerima bayaran.

Ini salah satu produk yang telah masuk ke fasa 3, untuk permulaan.. target untung adalah rendah. Sekitar RM200-RM300 sehari. Kini ianya di naikkan ke RM1000-RM1500 sehari.

Modal 1 produk termasuk pos ialah RM60.
Harga jualan pula ialah RM150 – RM160.
Jadi keuntungan kasar sekitar RM90-RM100 persale.

Statistik semalam adalah seperti berikut :

Image

Image

Image

 

16 sale , untung lebih kurang RM80 x 16 (cincai kira)
Modal iklan RM200 (cincai kira).
Untung lebih kurang 1400 – 200 = RM1200

Jadi ianya masih mencapai target walaupun tidak sepenuhnya. Produk dalam fasa ke 3 akan di bawa masuk ke fasa 4 pula di mana channel traffic akan di tambah. 

FASA 2 – VALIDASI DI ANGGAP SELESAI

Post sebelum ni menceritakan tentang proses mengkaji permintaan sesuatu produk. Ianya di kenali sebagai proses validate atau validasi.

Tujuan proses itu ialah untuk mengasahkan produk yang aku promote betul – betul ada yang berminat, ada yang nak membeli online, dan produknya boleh di hantar kepada pembeli tanpa masalah. Bila ada 1-5 sale, dan menguntungkan, aku bawa ke fasa ke dua.

Dalam fasa 2, kempen akan di perkemaskan. Ayat-ayat pos akan di baiki, skrip yang digunakan untuk melayan prospek juga akan di perkemaskan. Faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan pelanggan (testimoni, bukti penghantaran DLL) akan di mula di buat.

Di sini aku kongsikan statistik salah satu produk yang telah masuk ke fasa 2. Harga modal ialah RM25, harga pos RM6-10 (bawah 500gram), jadi total modal ialah RM35. Harga jual pula sekitar RM80-RM100. Aku variasikan harga untuk melihat harga mana yang lebih diterima oleh prospek.

Hasilnya – 24 sale – RM2180
Kos Iklan – RM300 (cincai kira)
Kos modal = RM840 (Rm35 X 24)

Image

Image

Setelah di kira, dapatla untung lebih kurang RM1000. Kempen ni berjalan dari 3 Februari sehingga 6 Februari. Harini aku pause. Untuk produk ni, aku akan bawa masuk ke fasa ke 3 pula. Fasa 3 akan lebih extreme di mana aku mula tetapkan target untuk di capai untuk satu satu produk.