CLICKBANK – BUANG HABUK PADA AKAUN

Aku ada beberapa akaun clickbank. Ada antaranya masih aktif, ada juga yang sudah berhabuk. Seingat aku dah bertahun juga aku tak sentuh. Tak buat kempen baru. Tak monitor a.k.a tak peduli. Alhamdulillah, hasil bercucuk tanam dahulu membuahkan hasil sampai sekarang. Masih boleh makan. Masih lumayan.

Aku bercadang nak aktifkan semula akaun yang berhabuk. Target awal untuk dapatkan $300 – $500 sebulan dengan Clickbank. Semua material untuk promosi dah tersedia. Proven strategy pun dah ada, cuma nak jalankan saja. Moga aku dapat bina momentum semula.

Ramai yang berangan nak duduk saja dan dapat duit. Duit masuk waktu tidur. Aku yang dah jumpa jalan, kalau tak buat.. memang rugi sangat-sangat.

Image